Saturday, January 30, 2010

SEGAR MINDA 3

JUMAAT: 29 Januari 2010.
Kelas Segar Minda berjalan lancar.... kali ini membuat catan buah-buahan.Tetapi warna latarbelakang x sempat untuk diwarnakan... terpaksa bergegas ke SM Teknik KL untuk ambil Qila.... dah 3 minggu bersekolah baru minggu ini dapat balik...... Ok... Latar belakan akan diwarnakan pada minggu hadapan dan aktiviti diteruskan dengan menggunakan KRAYON (OIL PASTEL) pula...... Jumpa lagi minggu depan... insyaallah... :)









Thursday, January 21, 2010

CUTI......

CUTI DI GENTING DISEMBER 2009.......
Anak-anak dah lama cuti..... tapi Ibu dan Ayah sibuk memanjang... akhirnya sehari selepas cuti Krismas baru lah berpeluang cuti bersama di Genting.. tapi taklah naik sampai ke atas.........



















SEGAR MINDA... (SEGAR-SEGARKAN MINDA...)

15 Januari 2010... 12.50 tengahari, hari Jumaat.... bengkel Segar Minda untuk cikgu yang mengajar PSV, juga untuk cikgu2 yang berminat......... kelas berjalan dengan lancar... semua cikgu yang hadir menunjukkan minat...... hasilnya sungguh menggembirakn......

bengkel kali ke 2 pada hari esok, Jumaat 22 Januari 2010... di Studio Seni....masa seperti biasa 12.50 tengahari..... sehingga siap lukisan/catan cikgu2 baru boleh balik ke rumah....... ;)


Friday, December 25, 2009

KERJA MASA CUTI...

Sepanjang cuti sekolah (disember 2009), ada kerja yang perlu diselesaikan..... melukis dan mewarna mural, bagi memenuhi dinding-dinding sekolah yang kosong, bersama-sama Azim, Afiq, Whisz, Balqis dan juga Pn Sapiah.... dan inilah sebahagian hasilnya....... Terima Kasih semua :)))










Sunday, December 13, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN D'PUNCAK SUASANA

AHAD 13 DISEMBER 2009.
Majlis perkahwinan salah seorang warga D'PUNCAK SUASANA' ..... taklah kenal sangat.... rasa-rasa tidak pernah berjumpa... jumpa pada satu malam tu dtg rumah hantar kad jemputan bersama-sama dengan Ella Pengerusi Persatuan Penduduk....... lagi pun tangan ni kan sentiasa ringan..... bantulah mana yang patut.... 'SELAMAT PENGANTIN BARU - FASHA DAN LAH' semoga bahagia hingga ke anak cucu......





Wednesday, December 2, 2009

KELAS TERAKHIR......

KHAMIS 3 DISEMBER...
Kelas Tambahan terakhir "Final Touch-up" untuk giliran tingkatan 5 Estetika.. tapi yang hadir hanya adib, bob, arifah, fathin, suhailah, khairil, zainal dtg sekejap aje... tapi alhamdulilah yang ramai datang dari ting. 5 ekuiti, nilai, dan stanza.... penuh bilik Seni.... hingga terlajak kul 12.00 tgh.
Esok 4 DISEMBER (Jumaat) PSV K2..... GOOD LUCK !!!!! . Buat yang terbaik untuk diri sendiri....
ANNE...... Terima kasih, hadiah ni cantik..

PSV KERTAS 1 - TEORI SENI

2 Disember 2009 pukul 2.00 petang hingga 3.15 petang.
Peperiksaan PSV K1 berjalan dengan lancar... 2. 45 petang "beberapa orang pelajar" telah keluar dari dewan peperiksaan.. 5 Ekuiti, 5 Nilai, 5 Stanza, 5 Citra dan 5 Estetika dan tidak ketinggalan juga pelajar dari kelas sains.....
"Cepatnya awak keluar!" Soalan macam mana?, boleh buat tak?
"Cikgu, kebanyakan soalan yang cikgu buat untuk latih tubi dan set latihan pengukuhan - kerja tanpa guru, lebih kurang sama dalam soalan peperiksaan.....

Ye ke!!....
(Semasa menjalankan penyelarasan PSV K3, saya telah tinggalkan 10 set soalan latihan pengukuhan (10 set x 50 soalan = ?) untuk dibuat oleh pelajar semasa ketiadaan saya di sekolah..... alhamdulilah... pelajar2 yang dtinggalkan "mendengar kata". Latihan dibuat.... )
Latihtubi selepas percubaan SPM... sebanyak 10 set lagi soalan diberi semasa P&P. 35 minit pelajar menjawab dan selepas itu perbincangan jawapan dijalankan.... alhamduliliah...
Selamat berjaya untuk semua Pelajar SMKBTHO2 yang mengambil elektif PSV dalam Peperiksaan SPM 2009..... :)