Friday, December 25, 2009

KERJA MASA CUTI...

Sepanjang cuti sekolah (disember 2009), ada kerja yang perlu diselesaikan..... melukis dan mewarna mural, bagi memenuhi dinding-dinding sekolah yang kosong, bersama-sama Azim, Afiq, Whisz, Balqis dan juga Pn Sapiah.... dan inilah sebahagian hasilnya....... Terima Kasih semua :)))










Sunday, December 13, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN D'PUNCAK SUASANA

AHAD 13 DISEMBER 2009.
Majlis perkahwinan salah seorang warga D'PUNCAK SUASANA' ..... taklah kenal sangat.... rasa-rasa tidak pernah berjumpa... jumpa pada satu malam tu dtg rumah hantar kad jemputan bersama-sama dengan Ella Pengerusi Persatuan Penduduk....... lagi pun tangan ni kan sentiasa ringan..... bantulah mana yang patut.... 'SELAMAT PENGANTIN BARU - FASHA DAN LAH' semoga bahagia hingga ke anak cucu......





Wednesday, December 2, 2009

KELAS TERAKHIR......

KHAMIS 3 DISEMBER...
Kelas Tambahan terakhir "Final Touch-up" untuk giliran tingkatan 5 Estetika.. tapi yang hadir hanya adib, bob, arifah, fathin, suhailah, khairil, zainal dtg sekejap aje... tapi alhamdulilah yang ramai datang dari ting. 5 ekuiti, nilai, dan stanza.... penuh bilik Seni.... hingga terlajak kul 12.00 tgh.
Esok 4 DISEMBER (Jumaat) PSV K2..... GOOD LUCK !!!!! . Buat yang terbaik untuk diri sendiri....
ANNE...... Terima kasih, hadiah ni cantik..

PSV KERTAS 1 - TEORI SENI

2 Disember 2009 pukul 2.00 petang hingga 3.15 petang.
Peperiksaan PSV K1 berjalan dengan lancar... 2. 45 petang "beberapa orang pelajar" telah keluar dari dewan peperiksaan.. 5 Ekuiti, 5 Nilai, 5 Stanza, 5 Citra dan 5 Estetika dan tidak ketinggalan juga pelajar dari kelas sains.....
"Cepatnya awak keluar!" Soalan macam mana?, boleh buat tak?
"Cikgu, kebanyakan soalan yang cikgu buat untuk latih tubi dan set latihan pengukuhan - kerja tanpa guru, lebih kurang sama dalam soalan peperiksaan.....

Ye ke!!....
(Semasa menjalankan penyelarasan PSV K3, saya telah tinggalkan 10 set soalan latihan pengukuhan (10 set x 50 soalan = ?) untuk dibuat oleh pelajar semasa ketiadaan saya di sekolah..... alhamdulilah... pelajar2 yang dtinggalkan "mendengar kata". Latihan dibuat.... )
Latihtubi selepas percubaan SPM... sebanyak 10 set lagi soalan diberi semasa P&P. 35 minit pelajar menjawab dan selepas itu perbincangan jawapan dijalankan.... alhamduliliah...
Selamat berjaya untuk semua Pelajar SMKBTHO2 yang mengambil elektif PSV dalam Peperiksaan SPM 2009..... :)

Sunday, November 29, 2009

KELAS -"SENTUHAN TERAKHIR" PSV K2

Kelas "Sentuhan Terakhir" untuk PSV K2 diadakan bagi bertujuan untuk memantapkan lagi penghasilan karya pelajar sebelum menduduki peperiksaan SPM bagi mata pelajaran PSV K2. Oleh kerana, pelajar mendapat kertas soalan lebih awal, mereka semua berkesempatan untuk memilih dan membuat latihan melukis dan mewarna, sebelim tajuk yang sama dilukis dan diwarnakan semasa peperiksaan nanti.... Cikgu doakan semoga semua Cal0n PSV SMKBTHO 2 dapat membuat dan menyiapkan lukisan/catan semasa peperiksaan nanti..... dan seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang........


JANUARI -NOVEMBER 2009......

2010... hampir menjelma. Pejam celik bertambah lagi usia, semakin "Meningkat Dewasa" .... ye ke!!! berbagai aktiviti dan peristiwa silih berganti, berjalan seiring... Alhamdulilah, syukur .... kerana diberi sihat tubuh badan, dipanjangkan usia.......:))
"Sambutan Hari Guru"....
"Bertemu semula rakan -Art and Design Uitm 1981-85".....
"Bercuti bersama keluarga".......
"Gerhana Matahari".....


Wednesday, November 25, 2009

CONTOH CATAN DAN LUKISAN (K2)

Sebelum kelas tambahan, kena buat dulu contoh catan/lukisan agar "anak buah" SMKBTHO2, dapat gambaran bagaimana nak menghasilkan karya
untuk PSV K2.... pada 4 Disember 2009, minggu hadapan selepas Hari Raya Haji..... SELAMAT MENCUBA DAN BERKARYA !!!!
Bahan yang digunakan: Warna Poster.....
Ini adalah beberapa langkah untuk menghasilkan Karya Bunga
Orkid di tunggul kelapa berlatarbelakangkan laut dan pantai......
Langkah 1.....
Langkah 2.......
Langkah 3.......
Langkah 4..... Karya Siap !!!
Contoh 1 (warna poster)- Soalan 2....
Contoh 2(oil pastels) - soalan 2......
Contoh 3 (oil pastels) - soalan 1......
SELAMAT MENCUBA DAN BERKARYA.........

Monday, November 23, 2009

PSV KERTAS 2

Boleh tahan susah/senang juga soalan untuk PSV K2: Dari 6 soalan, dua soalan ini yang nampak agak senang untuk dikaryakan......
1. Anda begitu terkejut kerana buah tembikai yang anda beli telah berubah menjadi sebuah rumah yang didiami oleh biji-biji tembikai yang mempunyai kaki dan tangan. Lukis dari jarak dekat buah tembikai tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan, bentuk, ruang dan perspektif.

2. Sebuah tunggul kelapa di tepi pantai ditumbuhi pokok orkid yang sedang berbunga. Lukis dari jarak dekat tunggul kelapa dan pokok orkid dengan berlatarbelakangkan pantai dan laut. Penekanan hendaklah diberikan kepada unsur jalinan, bentuk, warna dan ruang.

Sunday, November 22, 2009

23 NOV.09 (ISNIN)

Catan senja...
Catan 'Close-up' bunga...
Catan pemandangan Jeram.....
23 November 2009.... Peperiksaan SPM masih berjalan..... dan dan soalan PSV K2 akan dapat esok... harap-harap soalan tersebut biarlah senang dan mudah untuk dihasilkan oleh calon-calon SMKBTHO 2.... selepas itu, maka bermulalah Kelas Tambahan" FINAL TOUCH-UP' ...... so jangan lupa.... mesti hadir..... di BILIK SENI...



Saturday, November 21, 2009

HADIAH ZIQAH.......

Keputusan UPSR dah pun keluar... alhamdulilah Alya Haziqah dapat 5A...
Ziqah : "ibu nak bagi ziqah, apa?"
Ibu : "ibu tak janji apa2 pun". "Ziqah nak apa?"
Ziqah : "handphone"...
Ibu : "tanya ayah"...
Akhirnya, duit ayah pun terbang..... NOKIA 7210 Supernova !....

Wednesday, November 18, 2009

BAJU..............

Seminggu sebelum exam SPM, seorang ibu kepada pelajar call, " kak jah, ada kat mana sekarang?".. "Bilik Seni".... datang dengan sebuah beg kertas.... buah tangan dari anak saya"....... cantik !!! Dalam masa 2 hari kain tu dijadikan baju kurung.....
Terima kasih CT dan Syahmi.....

Monday, November 16, 2009

POT-LUCK

Sesi membungkus.....sedang mengemas, apa-apa pun posing dulu....
Thank you Hani.... chicken chop tu sedap......
Lap Maz, jangan tak lap....
Amboi Usha.... buat apa tu !!
Cik Piah, nak bawa ke mana nasi himpit tu.....
Mas.... sedap nampak "kuah" tu...
Steamboat..........
sebungkus RM........
sedapnya ayam ni....
kentang goreng......
pulut kuning....
ubi kentang lenyek...
ha.... inilah .... yang hendak dicari nanti...
Tajuk aje dah cukup menyelerakan. Dah nak akhir-akhir persekolahan ni sesi makan lah yang paling menyeronokkan... kerja-kerja lain buat kemudian. Apa lagi bilik ERT lah tempat untuk dituju.... Tak dapat nak diucap dengan kata-kata , tengok gambar ajelah... sedapppppppppp...................














Saturday, November 7, 2009

GRADUASI SMTKL



SABTU 7 NOVEMBER 2009. Majlis Graduasi berlangsung di sekolah abang.... salah seorang Penerima "Anugerah Perdana" (Kelas Pertama) 19 orang sahaja... yang lain-lain Menerima "Anugerah Bestari" (Kelas kedua Atas) dan "Anugerah Aspirasi" (Kelas Kedua)......

" All our dreams can come true.... If we have the courage to pursue them. Don't live down to expectations. Go out there and do something remarkable".




Friday, November 6, 2009

ANIMALS........




Gambar-gambar di bawah ni dari Bukit Merah Lake Town Resort..........

cute anak org utan ni.... baby lagi


Suka sangat tengok gambar foto atau lukisan "animal" ni... jom kita kongsi.....